Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan penyakit dan ubatnya, dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka berubatlah kalian, tapi jangan dengan yang haram.” (HR Abu Dawud) Berdasarkan hadis ini, maka tidak hairanlah mengapa para alim ulama lebih cenderung kepada makanan-makanan sunnah untuk mengubati penyakit-penyakit manusia berbanding ubat-ubat moden yang kandungannya diragui (syubhah).
Salah satu makanan sunnah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW telah menganjurkan penggunaan minyak zaitun, kerana khasiatnya yang amat besar, dikeluarkan dari pohon zaitun yang diberkati.
Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS An-Nur: 35)
Firman Allah SWT: “Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (QS Al-An’am: 99)
Firman Allah SWT: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (An-Nahl:11)
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah). Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya."
Pohon zaitun tumbuh di puncak bukit. Ia mendapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit mahupun sewaktu matahari terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik. Jika diminum, ianya bermanfaat untuk menguatkan daya ingatan, menguatkan hempedu, mencegah masalah pencernaan, mengubati penyakit buasir dan impotensi, membantu masalah haid, menghilangkan racun dalam tubuh, mencegah pertumbuhan sel-sel kanser, menurunkan kadar gula dan kolesterol, mencegah penyakit kencing manis serta bermacam-macam khasiat lagi untuk kesihatan manusia.
Jika disapukan, ianya bermanfaat untuk menghilangkan kedutan pada wajah, melindungi dari bakteria, mencegah keguguran rambut, menghilangkan penyakit kulit, menghaluskan serta melembabkan kulit, melambatkan proses penuaan dan menjaga kebersihan kulit kepala.
Rasulullah SAW adalah suri teladan terbaik bagi umat Islam. Teladan yang ditunjukkan oleh Baginda mencakupi semua aspek kehidupan, termasuklah dalam memelihara kesihatan serta merawat penyakit.
Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS Al-Ahzab: 21)
10 KHASIAT MINYAK ZAITUN!!
Apakah perkara pertama yang datang ke fikiran anda apabila anda membaca ‘minyak zaitun’? Mungkin anda akan berkata, ‘Itu minyak sihat dari rantau Mediterranean. Adakah kita betul? Anda mesti pernah mendengar bahawa minyak zaitun mempunyai banyak faedah kesihatan. Berikut kami telah disenaraikan di bawah beberapa manfaat kesihatan yang anda boleh dapati dari minyak zaitun.
1. Menggalakkan kesihatan jantung
Minyak zaitun adalah sebuah khazanah lemak monotaktepu dan antioksidan yang mengurangkan tahap LDL (buruk) kolesterol. Jadi ia melindungi diri kita terhadap penyakit kardiovaskular dan masalah jantung yang lain. Ia juga menghalang lemak tersumbat dalam arteri dan mengurangkan risiko serangan jantung.
2. Mengurangkan risiko kanser
Minyak zaitun kaya dengan polifenol yang bekerja sebagai antioksidan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang. Hasilnya, ia membantu untuk mengurangkan risiko tekanan oksidatif dan keradangan kronik dalam sel-sel. Kajian mendapati, minyak zaitun dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Ia juga membantu dalam mengurangkan risiko kanser saluran pernafasan dan saluran penghadaman.
3. Mengawal paras gula dalam darah
Minyak zaitun kaya dengan lemak monotaktepu yang menggalakkan tahap insulin yang sihat. Hasilnya, minyak zaitun membantu untuk mengekalkan paras gula darah. Ia biasanya disyorkan oleh doktor untuk orang yang mengidap penyakit kencing manis jenis 2 dan pesakit diabetes yang mempunyai risiko penyakit jantung.
4. Mempunyai ciri-ciri anti-radang
Seperti yang disebutkan tadi, minyak zaitun mempunyai ciri-ciri anti-radang yang memastikan bahawa membran sel tinggal cecair dan dapat menggerakkan nutrien yang sihat ke dalam sel dan membuang bahan buangan keluar. Ini membantu untuk mengurangkan risiko arthritis dan asma.
5. Membantu untuk mengurangkan lemak
Minyak zaitun tidak mengandungi banyak lemak tepu tetapi ia tidak mengandungi apa-apa jumlah lemak tepu, yang dikenali untuk menambah lapisan dan lapisan lemak yang tidak sihat kepada badan anda. Oleh itu, dengan memasukkan minyak zaitun untuk diet biasa anda, anda boleh kehilangan lemak badan yang berlebihan, walaupun jika anda tidak melakukan aktiviti fizikal yang banyak.
6. Menggalakkan pembentukan tulang yang sihat
Minyak zaitun mempunyai sejumlah besar oleates yang berkhidmat untuk menggalakkan kalsifikasi tulang dan mineral. Hasilnya, ia adalah makanan penting bagi bayi serta orang-orang tua, yang mengalami osteoporosis.
7. Menggalakkan kebolehan kognitif
Kajian mendedahkan, minyak zaitun mempunyai keupayaan untuk menggalakkan perkembangan otak. Ia juga telah mendapati bahawa tempat di mana orang membuat minyak zaitun, kurang cenderung untuk mempunyai demensia.
8. Membantu sistem penghadaman
Minyak zaitun dikenali untuk mengubati ulser, sembelit dan jangkitan dalam saluran penghadaman. Ciri-ciri anti-radang yang membantu dalam menyembuhkan isu pundi hempedu dan jangkitan saluran kencing juga.
9. Melambatkan proses penuaan
Minyak zaitun kaya dengan antioksidan seperti vitamin E dan K. Ia juga mempunyai polifenol yang melambatkan proses penuaan. Asid lemak menjadikannya arteri lembut dan meningkatkan kelembapan kulit. Oleh itu, ia sering dirujuk sebagai ‘minyak kecantikan’.
10. meningkatkan imuniti badan
Minyak zaitun mempunyai ciri-ciri anti-radang yang membantu melindungi tubuh daripada jangkitan dan menggalakkan penyembuhan tisu. Akibatnya, orang-orang yang mempunyai minyak zaitun secara tetap dikatakan mempunyai kuasa imuniti yang lebih tinggi.
Sembelit dan Rahsia minyak Zaitun
Kebelakangan ini Iman Khalish kerap sembelit, kadang-kadang sehingga 2-3 hari. Risau dengan keadaan ini, takut-takut luka teruk sekiranya Iman struggle meneran. Pernah satu ketika, najisnya bercampur sedikit darah dan Iman seakan trauma jika hendak membuang air besar. Duduk di sudut terpencil, marah jika diganggu sebab cuba konsentrasi untuk melawan sembelit. Kesian anak umi.
Puas saya memberinya pisang, prune dan buah-buahan lain, namun masih tidak berhasil dan saya terpaksa menggunakan pump (seperti belon boleh dapat di farmasi) sebagai langkah terakhir. Saya yakin pengunaan pump ini memang memberi hasil yang segera, tetapi kesan panjang pula mungkin boleh menyebabkan otot usus Iman malas untuk bekerja sendiri.
Alhamdulillah, akhirnya saya menemui penawar yang paling berkesan untuk sembelit. Minyak Zaitun!. Ya, mungkin ramai yang ragu-ragu mengenai kesannya begitu juga saya pada awalnya. Saya harus berterima kasih kepada Kak Lang (sis in law) sebab memberi saya satu ilmu yang baru. Sewaktu pulang bercuti di kampung sempena Maulidur Rasul, Iman sekali lagi mengalami masalah sembelit. Sudah 3 hari tidak membuang air besar dan perutnya tampak sedikit keras. Lalu saya diajar untuk memberi sesudu minyak Zaitun (kebetulan baru beli untuk masak spaghetti huhu).
Keesokan harinya, Iman dapat membuang dengan mudah. Syukur! Bayangkan hasil yang keluar selepas tersimpan selama 3 hari, memang baunya satu rumah boleh hidu haha...saya mula membuat rujukan mengenai khasiat minyak Zaitun ini, wah memang selama ini saya TIDAK tahu bahawa Rasulullah sendiri pernah bersabda diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a supaya "Minumlah minyak Zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati". Di dalam riwayat lain turut menjelaskan bahawa Rasulullah juga pernah bersabda "Barangsiapa mengosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya"
Even di dalam Al-Quran ada juga menyebut mengenai keistimewaan minyak Zaitun, surah An-Nur ayat 35. Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon ZAITUN yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.
Hebatnya ciptaan ALLAH, jujurnya telah 30 tahun saya hidup, tetapi saya sendiri TIDAK mengkaji mengenai keistimewaannya dan TIDAK pernah cuba untuk ambil tahu hinggalah ALLAH uji anak saya dengan kesukaran untuk membuang air besar, barulah saya nampak hikmahnya. Ya, sekarang ini setiap hari saya akan memberi Iman Khalish sesudu minyak Zaitun dan alhamdulillah setiap hari jugalah Iman akan membuang. Begitu juga saya dan suami, turut mengamalkannya. InsyALLAH selain baik sebagai pelawas, ia juga baik untuk mengurangkan kolesterol, mencantikkan kulit (kerna mengandungi Vitamin E), kalau hendak hilangkan parut pun boleh dan ia juga boleh mengurangkan risiko mendapat kanser. InsyALLAH kita hanya berusaha, menggunakan segala hikmah dan keistimewaan yang telah diturunkan oleh pencipta. Moga ALAH bantu. .
Ok, moga perkongsian ini boleh membantu reader-reader di luar sana. Jom kita amalkan penggunaan minyak Zaitun dalam kehidupan samada sebagai minyak masak atau minuman. Mudah untuk diperolehi walaupun harganya sedikit mahal tetapi ianya selamat digunakan berbanding produk-produk kecantikan lain yang belum tentu selamat kandungan bahan kimianya.
No comments:
Post a Comment